
Peta Pulau Pangkor
Pemandangan Pulau Pangkor Dari Udara

Temui kedamaian di pulau yang indah ini. Yang masih belum tercemar dengan pembangunan. Yang masih kaya dengan alam semulajadi

Pantai-pantai yang indah. Air laut yang jernih dan tidak tercemar. Pelbagai aktiviti laut dan darat yang dapat dirasai dan dinikmati - jungletrekking, snorkeling, berkayak, berbasikal, memancing, dsb.
Kita anda boleh pergi ke Pulau Pangkor samada melalui air dan udara. kita boleh menaiki feri dari Terminal Lumut, dan perjalanan dari situ mengambil masa selama 40 minit, dan anda akan dapat melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang Maha Agung. Sekiranya anda menaiki Kapal Terbang maka terminal yang paling hampir adalah di Teluk Dalam dan menjimatkan masa, tetapi maklum sajalah tidak menjimat wang anda.
1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Selalu terjadi aktiviti lanun di Selat Dinding.
1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai sultan Perak . Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Teluk Nipah
Pasit Bogak
Pangkor Laut
Pulau Sembilan
Kota Belanda
Batu Bersurat
Kilang Ikan Bilis
Teluk Chempedak

Teluk Penyu
Teluk Bengala
Perkampungan Nelayan
Beberapa pilihan bilik penginapan ditawarkan di dua lokasi utama iaitu Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Pasir Bogak menampilkan Pangkor Village Beach Resort, resort eksklusif tepi laut. Di Teluk Nipah pula: Palma Beach Resort, Flora Beach Resort, Zek Pink Chalet dan Suria Beach Resort. Tapak perkhemahan Pangkor Rimba Kem (tepi laut) dan Raudhah Camp
Direktori Hotel, Chalet & Apartmen di Pulau Pangkor
1) PASIR BOGAK
Chandek Kura Resort
Ceria Bogak Beach Camp
Coral Bay Beach Resort
Golden Beach Hotel
Pangkor Puteri Resort
D'Lima Chalet
Flora Beach Resort
Havana Beach Resort
Horizon Inn
Hornbill Hotel

LyanaVilla Mizam Resort
Nazri Nipah Camp
Nipah Bay Villa
Nipah Mas Chalet
Nipah Waterfront
O'Lala Chalet
Ombak Inn
Palma Beach Resort
Pangkor Bay View Beach Resort
Pangkor Indah Chalet
Pangkor Rimba Kem
Purnama Beach Resort
Raudhah Camp
Raudhah Chalet
Sunset View Chalet
Suria Beach Resort
Zek Pink Chalet
TELUK DALAM
Teluk Dalam Resort
PAKEJ TELUK NIPAH (3H2M)
Makan 6x (1 BBQ)
KeteranganHarga
Bilik penginapan (STANDARD)
RM90 >
Pakej penginapan & makan (10 orang >)
RM55 seorang >
Pakej full-board 3H / 2M
RM175 seorang
LAWATAN DAN AKTIVITI
Perkhemahan di pinggir belantara. Menjanjikan pengalaman yang tidak ternilai kepada pencinta alam dan sukan outdoor. Kawasan ini belum dicemari pembangunan tetapi kemudahan asas pemberian alam semulajadi adalah mencukupi. Pantai ini berhadapan Pulau Sembilan. Aktiviti disediakan termasuk kayak, boating, abseiling, repelling, jungle trekking, flying fox, memancing.
Kaki pancing? Atau lebih cenderung kepada yang lebih mencabar - seperti menyelam (scuba diving)? Atau mahu memenuhi percutian anda dengan acara-acara lawatan di Pulau Pangkor. tempahan lawatan, trip memancing, menyelam atau pukat tarik yang meriangkan.
'Batu Kaki' Terbentuk dengan sendiri
Jelajah Pulau Pangkor / Pangkor Island TourBanyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 10 orang) boleh diatur, termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Atau anda mahu mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan
Trip memancing / Fishing Trip Memancing di perairan Pulau Pangkor (Pulau Dua, Karang Darat, Tanjung Terengganu, Rumah Raja dan dalam selat) atau Pulau Sembilan. Tekong-tekong ternama seperti Cokodok, Man Kanji, Pak Wahab, Pak Musa sedia membantu anda serta memberi tip-tip yang berguna. Trip memancing serba mewah (kapal yang lengkap dengan kabin, kemudahan asas dan sajian makanan) juga disediakan!
Trip Menyelam / Scuba TripPerairan Pangkor kaya dengan pelbagai spesis batu karang dan hidupan laut, dikatakan bilangan spesisnya lebih banyak daripada yang terdapat di terumbu perairan Sabah.
Pukat Tarik / Fish nettingAktiviti unik yang ditawarkan, menangkap ikan dengan menggunakan pukat tarik. Bakal memberi kepuasan yang tidak terhingga.
WatersportPantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah berpusatnya aktiviti sukan laut seperti kayak, snorkeling, boat trip, dsb.
OutdoorSelain sukan laut, Pulau Pangkor juga cukup ideal bagi penggemar sukan lasak seperti jungle trekking, abseiling, flying fox dan ekspedisi berbasikal.
2 comments:
Tahniah.. akhirnya usaha gigih akak membuahkan hasil... semoga berjaya
bagus....
Post a Comment